Wednesday, 8 August 2012

LailatulQadr

MALAM LAILATUL QADAR

Apa itu Malam Lailatul Qadar / Lailatul Qadr / Lalilatulqadar
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam.
(Surah Al-Qadr 97: Ayat 3)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Surah Al-Qadr 97: 1-5)

Menjadi rebutan diwaktu 10 malam terakhir Ramadan ialah lailatul qadar ataupun didalam bahasa ialah malam takdir. Ramai yang menyebut malam lailatul qadar tapi nak diperbetulkan disini lail itu dalam bahasa arab membawa maksud malam jadi memadai dengan menyebut lailatul qadar. Sekejap je kan dah nak masuk fasa akhir Ramadan dan ini memberi petanda bahawa kita akan meninggalkan bulan Ramadan tidak lama lagi. Pantas masa berlalu. Melihat terjemahan Surah Al Qadr jelas menyatakan turunnya Al Quran petunjuk umat Islam di waktu lailatul qadar yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.

Antara kelebihan Malam Lailatul Qadar ialah:-
  • Pada malam inilah diturunkan al-Quran
  • Allah menurunkan al-Quran sekaligus daripada Loh Mahfuz ke Baitul Izzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkatperingkat kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, selama dua puluh tiga tahun.
  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada seribu bulan, ?rman Allah Subhanahu wa Taala:Ertinya: “Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadar: 3)
  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat.
  • Pada malam ini juga turunnya para malaikat, dan malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.
 
Doa Lailatul Qadar
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku.


Tanda tanda malam Lailatul Qadar
Dari info / pengetahuan yang aku tahu, memang tidak ada waktu yang khusus bila akan berlakunya Lailatul Qadar. Hanya info / hint umum hanya menyatakan ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Salah satu dalil kukuh mengenai 10 malam terakhir ialah hadis dari Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,

“Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Menurut Imam Nawawi pula giliran malam Lailatul Qadar berubah setiap tahun bermaksud kalau tahun ini jatuh pada malam 29 Ramadan tahun depan berbeza waktunya. Ibn Hazm pula berpendapat Lailatul Qadar jatuh sama ada pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan
.
Satu lagi pendapat ulama menyatakan Lailatul Qadar ialah pada malam ke 27 Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab diriwayatkan oleh Tarmizi, hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud,”Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Apa yang pasti malam takdir ini berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan dan ia dirahsiakan kerana keikhlasan kita. Jika kita tahu bila secara tepatnya waktu Lailatul Qadar ini pasti ada yang akan hanya beribadah pada malam tersebut sahaja dan tidak dimalam-malam lainnya. Keikhlasan dalam mencari rahmat itu penting supaya tidak hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kadangkala masyarakat tersilap tafsir dengan menanti tanda-tanda pelik waktu Lailatul Qadar barulah mula hendak berdoa. Apa pun setiap malam di bulan Ramadan ada rahsia dah barakahnya tersendiri. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment